Kecoh satu dunia terkena masalah virus Ransomware. Alhamdulillah WordPress tidak mengalami masalah seperti ini, cuma kadang-kadang tu terkena masalah hidden links dalam page atau post. Hidden links ni boleh mempengaruhi ranking SEO anda.

Apakah hidden links? Ia adalah pautan ke laman web yang tidak anda kenali atau yang tidak anda masukkan dan ianya tersembunyi. Jika anda lihat dari page atau post, tidak akan nampak.

Bagaimana rupa hidden links?

Lihat screenshot di bawah:

Bagaimana nak tahu jika anda terkena hidden links?

Cara cepat ialah pergi ke cPanel > Awstats > Links from an external links. Jika anda nampak link yang tak berkenaan, kemungkinan tinggi ada hidden links dalam website anda.

Bagaimana nak buang?

Periksa All page dan all post anda. Gunakan fungsi search dan cari “display: none” atau “display” atau text yang lebih kurang.

Jika ada, padamkan semua code yang pelik dalam text mode.

Cara2 lain : https://www.searchenginejournal.com/3-simple-tools-to-find-hidden-links-and-text/18768/

Dari mana datangnya hidden links ini?

Kemungkinan tinggi dari plugin yang tidak diupdate atau plugin yang percuma dan juga dari theme yang di nulled kan.

Selamat mencuba! 🙂